Login Help Register
Disebalik Tirai Kaca
Blog rencam ... mengandungi diari, tazkirah, puisi, mutiara kata, renungan, gathering, resepi dan ucapan.....

Ucapan Aluan....

Tentang : nurDia

Nama Gelaran nurDia
Umur 40
Jantina Perempuan
Bandar Kuala Selangor
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Belum Berkahwin
Kaum Malay


Kaunter Hit : 109143

Komen Terkini
selamat hari ibu...
Terima kasih nur... (Yang At Hart)
10 May 2008 3:45 PM

selamat hari ibu...
Selamat hari ibu... (aida - ARK)
10 May 2008 3:45 PM

selamat hari ibu...
kaseh ibu membawa... (en_me)
10 May 2008 3:45 PM


My Scratch Box

Arkib



Kategori

Blog Kegemaran

Penyokong Blog

Saturday, May 10, 2008

selamat hari ibu...

Untuk mereka-mereka yang masih mempunyai ibu......

Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kamu selagi hayat nya ada..

Dan bagi mereka yang sudah kehilangan ibu sentiasalah berdoa untuk mereka.

Selamat Hari Ibu

untuk yang bakal dan telah menjadi Ibu...

Jasa mu tidakkan mampu dibalas dengan aper jua....

terima kasih atas segala nya....

tanpa ibu siapalah kita.....


Tag/Label : ucapan
Dipostkan @ 03:45 PM | 8 Komen | Report Abuse

Saturday, May 10, 2008

aku dan sekolah

Sabtu 10 Mei

malam nie aku tak keseorgan... coz kak long balik.. kata adik dia ambil roti utk kenduri kawen anak buah abg long ku kat klang....

kul 5 aku dah tersedar n lepak bermalas-malasan lagi ... kul 6 baru aku jalani rutin harian ku.. lepas solat subuh... aku bersiap2 nak ke sekolah.. coz aku dah janji ngan bebudak kul 7.30...

suruh kak long alihkan ketenya... then aku terus ke sekolah... kul 7.40 aku sampai kat sekolah .. terasa sunyi je.. coz musim periksa nie byk aktiviti ditunda lepas exam sok...

call kak aqila coz aku nak siapkan papan tanda taman kelab matematik ku... hari nie aku nak tanam pokok n pacakkan label kelab kat taman ku... minggu depan penilaian pertama akan berjalan... aku tak harap aper2 hadiah... coz la nie hanya aku n beberapa pelajar je yg menyiapkan taman nie.. berbanding dengan kelab lain.. ader pair ngan belah petang... aku sendiri je... member belah petang tu wat tak kisah je.. malas aku nak bising2... biaq kan je arr.. buat yg maner terdaya arr...

so lepas iqbal anak kak aqila anto kan kunci aku pun memulakan keje2 menanam pokok yg kak aqila tinggalkan utk ku... then aku mula mengorek lubang utk memacakkan papan tanda...siap keje2 ku aku p tinjau taman mama... mama dok siapkan label taman nya ngan bantuan helmi....

pastu aku call kak aqila coz katanya nak cari lagi pokok2 len.. so dia ajk ke nursery pokok kat taman masriah... katanya bagi 10 minit utk dia bersiap...

bagi  tau kat mama.. aku nak ke rumah kak aqila... kak aqila bawa azimah.. sampai kat nursery tu aku terpandang pokok orked ... yg cantik2... rambang mater ku.. dah lama aku tinggal kan hobi menanam pokok nie... terasa tertarik gak.. so aku ambil 5 pasu pokok orked... n beberapa pokok utk taman ku... kak aqila pun beli berapa pokok gak.. aku terpaksa tinggalkan pokok orked ku dulu...

balik ke sekolah.... mama ajak p balik ke nursey tu... aku drive semula ke sana lepas drop kan kak aqila.... mama sibuk nak beli pokok ati2 warna merah tu... sambil tu aku boleh ambil pokok orked ku tadi...

lepas taman pokok2 yg ku beli tadi kat taman tu.. aku beransur balik.. anto kak aqila dulu.. then rerus balik.... on d way singgah beli air soya kat batu 6 tu dah lama terpandang.. so ari nampak org tu berniaga...

sampai kola selangor... singgah kat restoren kampung.. beli nasi ayam je arr... so cukup arr lunch aku ari nie...

sampai rumah mula arr rasa sakit2 ..coz dah dok menajak tu byk gak guna tenaga.. letih arr....


Tag/Label : diari
Dipostkan @ 03:32 PM | 0 Komen | Report Abuse

Saturday, May 10, 2008

ibu...

hari nie 10 jun... genap 20 tahun pemergian ibu ku tersayang... tapi ingatan dan kasih sayang nya masa tetap terasa ...

gambo ibu ku seminggu sebelum dia meninggal dunia...

dan aku tetap merindui nya.... n masih terasa dia tetap sisi... memerhati n memantau geraklaku ku tak kira dimana aku berada..... hanya iringan doa dr kami anak2 mu... agar  kau aman di sana... mak.... i love u so much...!!

gambar terakhir kami sekeluarga...thn 1980

 

 


Tag/Label : kenangan
Dipostkan @ 02:03 PM | 0 Komen | Report Abuse

Friday, May 9, 2008

Anjing vs awekmu

LEMBU          :  Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING         :  Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU          :  eh? kenapa?

ANJING         :  aku lalu  tepi dua  orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !

LEMBU          :  Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING         :  Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU          :  Betul  tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih  dahsyat  kenajisannya  daripada  memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING         :  Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan  dengan  babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan  wajib  bertaubat  (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)


Tag/Label : tazkirah
Dipostkan @ 09:52 PM | 8 Komen | Report Abuse

Friday, May 9, 2008

set Perencah tomyam ada kulit babi

SEKIRANYA ANDA GEMAR MEMAKAN TOM YAM , BERHATI HATI APABILA MEMBELI PERENCAH TOM YAM SET 'THAI CHILI PASTE' MAE PRANOM BRAND. SET INI ADA TULISAN JAWIHALAL TAPI DI ANTARA BAHAN-BAHAN ADA MENGANDUNGI ' PORK CRACKLING' IAITU KULIT BABI.

IANYA DIGUNAKAN SEBAGAI PELENGKAP KEPADA SET PERENCAH YANG DI BUNGKUS BERSAMA BAHAN ASLI SEPERTI SERAI, LIMAU KASTURI, LENGKUAS , CILI PADI DAN DAUN LIMAU SEMENTARA PERENCAHNYA 'THAI CHILI PASTE' MAE PRANOM BRAND BANYAK DIJUAL DI SUPERMARKET DAN KEDAI2 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. GAMBAR-GAMBAR TOM YAM SET TERSEBUT DISERTAKAN BUAT TATAPAN DAN PERHATIAN


Tag/Label : info
Dipostkan @ 02:45 PM | 9 Komen | Report Abuse

Friday, May 9, 2008

PAKU DI DINDING HATI MU...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia nya satu masalah kecil sahaja. 
 

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
   

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
 

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. 

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
           

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka serta duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. 

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."


Tag/Label : tazkirah
Dipostkan @ 02:00 PM | 6 Komen |